Monday, March 2, 2009

........

Bicara hati untuk lelaki itu...

Hari ini entah mengapa, sejarah semalam berulang di ingatan. Sungguh, walau puas ku cuba untuk menyingkirkan namun wajah kecewanya jelas terbayang di ruangan mata. Duhai lelaki, aku tidak pernah bermaksud menyakiti hatimu atau mencabar egomu. Aku cuma ingin kau tahu rasa ini adalah anugerahNya. Salahkah untuk aku menghindari bila aku menyedari aku hanya insan yang lemah dalam mengawal hati. Aku ingin kau memahami bahawa ada batasan dalam hubungan ini. Aku tidak mahu menjadi alat syaitan menewaskan kau wahai kaum Adam. Andai benar kau memahami makna sebuah perhubungan dan matlamat hubungan itu, pasti kau mampu melihat betapa aku jua menyayangimu. Namun selagi sebelum lafaz keramat itu kau ungkapkan, biarlah kita seperti ini. Andai takdir menentukan kaulah pelengkap hidupku, maka ku yakin saat itu pasti tiba.

Sementara itu, sebelum sebarang lafaz menjadi tanda ku doa moga kita terpelihara dari tertipu dengan indahnya dunia. Andai takdir bukan milik kita, maka moga kita akan tetap tergolong dalam golongan umat yang mensyukuri nikmatnya. Usah risau biar teman disekeliling sibuk bercerita. Sesungguhnya memegang agama di akhir zaman umpama memegang bara api.


Hanya sekadar perkongsian idea.. Bicara seorang teman pada seseorng.. Xsalah rasanyer nak mengongsikn bicara dia... =}

No comments: