Thursday, December 22, 2011

just views~~

Assalammualaikum....

Politik... Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka membawa maksud
1. = ilmu ~ ilmu (pengetahuan) bkn cara pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan dll), ilmu siasah, ilmu kenegaraan: pentingnya pengetahuan ~ kpd setiap rakyat negara yg mengamalkan pemerintahan demokrasi sudah tidak dapat disangkal lagi;
2. segala sesuatu bkn pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dgn negara lain: dasar luar negeri kita adalah bebas tetapi menentang penjajahan dlm ~ antarabangsa; diayah ~ penyebaran pengetahuan (ajaran) politik; parti ~ pertubuhan yg bergiat dlm bidang politik; tokoh ~ ahli politik yg terkemuka (terkenal); 
3. kelicikan, muslihat, tipu muslihat; ~ parti kegiatan politik yg dijalankan utk, melalui atau oleh parti: beliau telah diberi peluang berkecimpung dlm kegiatan ~ parti walaupun pengalamannya masih cetek; ~ wang kegiatan menyogokkan atau memberi­kan wang oleh ahli politik kpd kumpulan orang atau individu tertentu utk mendapatkan sokongan, terutamanya utk pemilihan sesua­tu jawatan penting dlm parti dsb; berpolitik mengambil bahagian dlm politik, menjalankan (mengamalkan) politik: keadilan ~ adalah subjektif; mempolitikkan memasukkan ke dlm urusan politik, menjadikan sbg urusan politik, menjadikan (sesuatu) kelihatan ada kaitannya dgn politik: Menteri Pendidikan telah menjelaskan bahawa banyak pihak telah ~ isu-isu tersebut tanpa memahami perkara yg sebenar yg akan dijalankan oleh kerajaan; kepolitikan perihal politik; pempolitikan perbuatan mempolitikkan sesuatu perkara (isu).


Dan saya pula adalah golongan yang tidak suka politik. Tapi harus diingat, saya tak meletakkan diri saya sebagai generasi yang hanya mengambil sikap endah tak endah akan situasi politik negara. Cuma saya bukan tergolongan golongan yang lantang bersuara ke hadapan.

Sejujurnya saya tidak berminat dengan politik negara sejak pelbagai masalah mengenai politik negara dibangkitka. Seingat saya, sewaktu saya sekolah rendah dahulu di era pemerintahan PM ke-4, saya masih mengikuti perkembangan politik.. Namun setelah wujudnya kes yang semakin lama menimbulkan rasa jemu dan bosan saya akan keseimbangan politik negara maka saya mula mengendahkan politik.


Saya bukan jenis yang ke hadapan dengan cara show off yourself to world, than they noticed yours. I'm a person who like to works in silents. I thought they better watch out~~


Dear whom may it concern,
Bersatulah wahai bangsaku. Kita bina semula ikatan kekeluargaan dengan semangat baru.. Dengan jadikan Allah sebagai penjamin, kita robohkan tembok perbedaan yang memisahkan kita. Mengapa harus angkuh mengatakan apa yang kalian dokongi yang terbaik sambil menyelar satu sama lain. Mengapa tidak mencuba meruntuhkan ketidakbersamaan itu dengan tautan kasih saudara Islam sejati?
Jika benar kalian mengatakan perjuangan kalian suci, maka harus diingat bagaimana perjuangan dalam Islam itu dilakukan.
Bukan dengan menyemarak kebencian....
Bukan dengan membangkitkan kemarahan,
Bukan dengan membuka keaiban,
Bukan dengan memusnahkan persaudaraan,
Tapi dibuat dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan...

Duhai saudara seagamaku, luluh hatiku melihat pergeseran antara kita. Apa tidak ada ruang untuk kalian menyatu?
Apa langsung tiada titik temu antara kau, aku dan mereka? Sampai bila harus semua ini berlarutan.....
Bukankah katanya kita generasi baru..
Seharusnya kita mencari dan menimbulkan ruang-ruang ikatan baru antara kita.

Nun di sana,
Musuh2 kita bergembira menyaksikan betapa kita sudah tenggelam dalam perangkap yang mereka cipta.
Kerana kita sudah hanyut dan terperangkap namun masih alpa.

Kerana itu wujudnya golongan seperti aku.
Membenci hipokrasi namun berdiam di belakang..
Tidak tampil ke hadapan untuk memprotes terang-terangan,
Lantas dituduh generasi tidak peka zaman,
Sedang hakikatnya kami berjuang...
Berjuang dengan cara sendiri..
Mencari cara menyatukan ummah secara diam.
Kerana kami sedar kekuatan fizikal belum mampu dapat mengatasi kekuatan mental.
Kami memang tidak ke hadapan secara terang,
tapi kami berjuang dalam doa pada ALLAH~~~
Moga suatu hari ISLAM akan bersinar di bumi Malaysia
Amin ya Rabbal Alamin~~

p/s: bosan dan muak dengan politik yang mengelirukan rakyat.... Namun, masih mengharapkan ada sinar kan muncul... Bersatulah bangsaku, jangan mudah terpedaya... jangan marakkan lagi unsur keganasan, jangan besarkan lagi unsur kebencian... kita kikis dulu dari hati sendiri~~~~



No comments: