Monday, December 19, 2011

Sanah Helwah ke 25 hijrah

assalammualaikum....

Jam 3.50 am, tanggal 24 Muharam 1408 hijrah, lahirlah saya di dunia. Disambut oleh bidan kampung dan juga keadaan panas kerana 'black-out'... Dan tinggal beberapa jam lagi untuk sampai pada 24 Muharam 1433 Hijrah... Maka tersangatlah ingin akan hati mencoret sesuatu memandangkan usia ini sudah hampir mencapai suku abad.....

Memandangkan umur saya akan masuk 25, maka rasanya sudah saatnya saya memikirkan ke arah alam perkahwinan (macamlah kamu tak fikir selama nie cahaya..ermmm....).  Bila menjangkau umur 25 without somebody, to be honest, saya rasa risau sudah... Hati mula berdetik, "memilihkah aku??, terlewatkah aku?? emmm" saya tak punya jawapannya kerana bagi setiap kisah saya yang tak berakhir hepi ending, telah saya ingatkan diri berkali2 bahawa ALLAH lebih Mengetahui yang terbaik..

Jadi memandangkan umur dah 25 yang orang anggap sudah selayaknya berkahwin, maka saya bercadang untuk serius memikirkannya sebelum saya benar2 dicarikan oleh ibubapa saya seperti yang saya jawab setiapkali mereka bertanyakan punyakah saya akan teman.....hehe ^_^

So, the first step:
 amalkan doa bertemu jodoh, from Darussyifa online~~



Second step: siapkan diri  untuk menjadi sayap kiri seorang adam~~

  • kena taw masak sebab even kahwin dengan tukang masak pun, suami tetap nak rasa masakkan isteri. ( masak untuk makan sendiri bolehlah... Bakal en suami, saya tak expert masak tapi saya akan cuba pastikan awak takkan makan luar  =] ,
  • kena ada asas ilmu rumah tangga (erm, dulu belajar munakahat masa sekolah agama cukup x???hehe)
  • jadi Rajin (owh, ini agak subjektif... dan agak kritikal untuk orang yang jenis take it easy macam saya,...  owh, no.. bakal En suami, saya bukan orang yang rajin, tapi saya faham dan tahu makna tanggungjawab, get it En bakal suami??? (~_^)  malu~~~
  • tahu jaga anak.. Apatah lagi zaman yang makin mencabar di mana asakan datang dari segenap segi...Ekonomi[ perbelanjaan untuk anak], ilmu [duniawi & ukhrawi], pengaruh luar [ persekitaran, media, pergaulan] dan etc... ( owh, yang ini agak mencabar,, tapi insyaAllah dengan adanya kamu bakal En suami,, kita akan sama2 usahakan mendidik pejuang2 dan serikandi2 Islam sebaik mungkin, Amin~~)
  • tahu bawak diri.. ( erm, saya cuba yang terbaik..hahaha.. tak tahu nak komen apa daaa.....)
  • dan lain2 yang sepatutnya (  no idea dah sebab mengantuk, haha=p

Thats all for the first entry at my 25...

ya Allah, segala puji bagiMu yang memberi aku kesempatan untuk hidup dibumiMu,
Ya Allah, sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..


Nota jari : semoga dapat ku temui jawapan untuk persoalan yang berlegar dimindaku~~

No comments: