Monday, January 9, 2012

senyum

Assalammualaikum...


Mulakan hari dengan senyuman... Pasang niat yang baik... Moga hari yang dilalui akan baik sahaja...

Hari tue aku jumpa seseorang... Seseorang yang pernah bagi harapan than break that hope... Aku tak sangka akan jumpa dia... Jumpa dia dengan teman baru dia...
Aku pergi ke satu tempat. Sampai sahaja tempat yang memang aku nak tuju, aku dah nampak dia. Aku nampak kawan dia.. Aku hanya berkata dalam hati,"nampaknya cepat sangat aku jumpa dia"
Then, aku pergi tempat dia, Dia tak perasan aku pada awalnya.. Dan bila dia perasan aku..

"Eh, cahaya,, ingat dah tak nak datang........."
"aku tak cakap pun aku tak nak datang" ..


Keras dan sinis sungguh.. Tapi aku gelak-gelak sikit masa cakap. Aku tak nak orang sekitar tahu tentang itu.
Aku dapat rasa dia terkejut. Geng dia nampak aku pun terkejut... Kawan dia macam tak tahu apa-apa sebab tue wat tak kisah dan aku pun tak nak kawan dia syak apa-apa..
Sepanjang kat situ, geng dia yang tengok aku. Sebab geng dia yang bertanggungjawab untuk kisah ini.. Aku?? Aku buat tak tahu.. Sebab aku dah tak nak tahu apa-apa.. Aku dah nampak depan mata kewujudan kawan dia.. Apa lagi aku nak buat...
Ada sekali dia cuba bergurau macam dulu dengan aku, dan aku terus straight to point ingatkan tentang kewujudan kawan dia.. Aku tahu dia dengar.. Dan aku tahu dia tahu aku paham siapa kawan tue pada dia sekarang...



Dan geng dia terus memerhati aku sehingga mereka pulang dahulu.. Aku dapat rasakan geng dia cuba bercakap dengan aku. tapi aku memang ignore mereka.. Aku tak mahu tahu apa-apa.. Sebab aku tak sangka jumpa dia dalam situasi ini..

Sekian....

1/1/12

No comments: