Friday, May 4, 2012

SMS dari ayah...

Assalammualaikum...

Tertanya-tanya khabar ayahanda dan Bonda di tanah suci... Akhirnya, tadi dapat jua sms dari ayahanda tercinta.. Walau sekadar memberitahu beliau dan bonda dalam keadaan sihat sejahtera...
Dan jua memberitahu doanya di sana, supaya anak cucunya jua dapat sampai di sana.. Amin.. ya Allah...
dan esok, ayahanda dan bonda akan bergerak ke Madinah...

Selamat berziarah ayahnada dan bonda.... Moga dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan dalam setiap langkahmu.. Moga sentiasa dalam rahmat dan magfirahNya...
Ya ALLAH, ku serahkan padaMu

nota kaki: manis bicara indah tutur kata, bisa saja membuat diri terpedaya tanpa pertimbangan akal yang waras, hati yang sihat serta ilmu...

nota hati:  Hadirnya mengundang rasa,
Namun tetap  harus berwaspada,
Tidak terlalu mengharap,
kerna takut kecewa di pertengahan..
Dalam diam bertunas impian,
Seandainya telah ditakdirkan,
Ku terima ketentuanMu Tuhan,
Moga ini sebaik-baik pilihan...


No comments: